fbpx
GAMBAR HIASAN

PRN JOHOR: BN dijangka raih majoriti dua pertiga – Ilham Centre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) berada pada landasan kukuh untuk melepasi garis dua pertiga majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Berdasarkan dapatan kajian terbaharu pusat kajian ILHAM Centre tersebut, faktor paling dominan menyumbang kepada kelebihan itu ialah ‘setting’ (tetapan) PRN yang berlangsung secara berasingan daripada Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam konteks pilihan raya negeri, menurut ILHAM Centre, pertimbangan pengundi lebih tertumpu kepada prestasi kerajaan negeri, rekod pentadbiran, keberkesanan Menteri Besar serta pembangunan yang dapat dirasai secara langsung.

“Berbeza dengan PRU yang lazimnya dipengaruhi sentimen nasional, ‘setting’ PRN memberi ruang kepada BN memanfaatkan kelebihan sebagai kerajaan negeri tanpa terlalu dibebani persepsi terhadap kerajaan persekutuan.

“Pada masa sama, Perikatan Nasional (PN) bukan lagi ancaman utama kepada BN sebagaimana berlaku pada PRU-15.

“Kajian lapangan mendapati imej PN semakin tercalar susulan perkembangan hubungan antara Pas dan Bersatu yang menghantar isyarat bercelaru kepada penyokong mereka sendiri,” katanya.

Tambah ILHAM Centre, kedudukan BN turut diperkukuhkan oleh kombinasi sempurna antara semua pemboleh ubah yang bergerak seiring.

“Faktor calon yang lebih dikenali dan mempunyai rekod perkhidmatan, isu kempen lebih dekat dengan kehidupan rakyat serta kekuatan jentera yang tersusun menjadi ramuan utama kejayaan BN.

“Berbanding parti lawan yang masih bergelut mencari naratif berkesan, BN berjaya mengekalkan fokus kempen kepada kestabilan politik, kesinambungan pentadbiran dan pembangunan Johor,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, dapatan kualitatif turut menunjukkan pengundi di Johor lebih cenderung membuat penilaian secara pragmatik berbanding emosional.

“Dalam suasana ekonomi yang masih mencabar, kestabilan pentadbiran dan keupayaan menyampaikan pembangunan menjadi pertimbangan yang lebih utama berbanding retorik politik.

“Keadaan ini memberikan kelebihan kepada BN yang mempunyai rekod pentadbiran negeri untuk dipersembahkan kepada pengundi, sekali gus mengurangkan keberkesanan serangan politik lawan yang banyak tertumpu kepada isu-isu nasional,” tambahnya.

Bagaimanapun jelas ILHAM Centre, strategi solo BN terbukti berkesan di negeri seperti Johor, namun ia bukan jaminan mutlak untuk diterjemahkan di peringkat nasional.

“Dapatan ini perlu ditafsir mengikut konteks negeri Johor. Landskap politik setiap negeri mempunyai struktur demografi, budaya politik dan tahap persaingan yang berbeza.

“Oleh itu, kejayaan BN dalam ‘setting’ PRN Johor lebih mencerminkan kesesuaian strategi dengan karakter politik negeri ini dan tidak boleh dianggap sebagai formula yang secara automatik akan menghasilkan keputusan serupa dalam PRU,” jelas pusat kajian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN