fbpx
Penunjuk perasaan melaungkan slogan semasa protes di luar Parlimen di Kathmandu, Nepal pada 8 September lalu. - AFP

Gelombang protes Gen Z merebak ke seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Beribu-ribu belia Generasi Z (Gen Z) menggerakkan protes di Peru dan Paraguay sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan menganjurkan bantahan melalui  media sosial bagi mendesak ketelusan, keadilan dan gejala rasuah dihapuskan, lapor agensi berita United Press International semalam.

Gen Z merupakan golongan  lahir antara akhir  tahun 1990-an hingga 2010.

Gerakan itu bermula di Nepal dengan peletakan jawatan perdana menterinya  selepas gelombang protes pada September lalu menyebabkan 72 orang terbunuh. Ia kini merebak dari Benua Asia ke rantau Amerika Latin.

Di Peru, demonstrasi bermula susulan isu pembaharuan pencen sebelum berkembang menjadi kritikan  lebih meluas terhadap Presiden Dina Boluarte dan Kongres.

Pertempuran dengan polis membawa kepada berpuluh-puluh tangkapan dan tuduhan penggunaan kekerasan melampau oleh pasukan keselamatan. 

Di Paraguay, demonstrasi pertama menggunakan slogan ‘Kami adalah 99.9 peratus. Kami menolak rasuah.” Beratus-ratus orang muda berarak ke Kongres sambil mengecam amalan nepotisme, kelemahan perkhidmatan awam dan kurang peluang pekerjaan untuk belia.

Protes Gen Z terus merebak ke seluruh benua, dengan tunjuk perasaan di Madagascar dicetuskan oleh catuan air harian dan pemotongan bekalan elektrik, namun dengan cepat meningkat menjadi krisis politik.

Selepas seminggu pergolakan yang menyebabkan 22 orang terkorban, Presiden Madagascar, Andry Rajoelina mengumumkan pembubaran kerajaan.

Protes  serupa berlaku di Maghribi, Indonesia, Filipina, Sri Lanka dan Kenya. Di Nepal, generasi muda membakar Parlimen dan memaksa perdana menteri meletak jawatan berikutan larangan media sosial  dalam perkembangan yang memberikan inspirasi kepada pergerakan lain.

“Fenomena ini sinonim dengan belia bandar. Ia adalah perkembangan penting tetapi kita masih perlu melihat sama ada ia akan membantu menangani masalah yang mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat,” kata penganalisis politik Luisana Sánchez kepada CNN. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI