fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beberapa kerusi serta meja yang rosak selepas diserang seekor lembu korban. - TikTok 

Lembu korban ‘serang’ majlis perkahwinan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Banyumas, wilayah Jawa Tengah menjadi huru-hara apabila diserang seekor lembu korban yang terlepas, lapor laman berita Detik. 

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Desa Pasir Kulon kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @meiwinda75 menunjukkan keadaan di bawah khemah dengan beberapa kerusi serta meja rosak bertaburan di lantai. 

Penghulu Desa Pasir Kulon, Mei Nur Khasanah berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan). 

“Lembu itu merempuh khemah selepas ia diturunkan daripada lori, menyebabkan beberapa kerusi dan bunga hiasan rosak,” kata Mei. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 9.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Pertama kali saya tengok majlis perkahwinan diadakan semasa Hari Raya Aidiladha,” kata seorang netizen. 

“Doa bekas kekasih termakbul,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN