fbpx
Mohamad Sabu ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan ke-16, di Dataran Melang, di sini, malam ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Mat Sabu imbau jadi buangan dua tahun di Kuala Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbau detik beliau menjadi tahanan politik dan dibuang daerah di Kuala Pilah selama dua tahun bermula 1984 sehingga 1986.

“Saya bila datang ke Kuala Pilah ini memang penuh dengan emosi. Walaupun dibuang daerah, satu hari pun saya tidak dipulangkan ke rumah.

“Ketika itu saya ada bertanya kepada Menteri Pendidikan (ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim) sama ada beliau boleh membantu membebaskan saya daripada hukuman buang daerah, tetapi dimaklumkan perkara itu di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan ke-16, di Dataran Melang, di sini, malam ini.

Menurutnya, walaupun berstatus tahanan politik dan dibuang daerah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau pernah diberi peluang menghadap Almarhum Tuanku Ja’afar.

Untuk rekod, Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin Pas yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda Pas Pusat.

Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN