fbpx
Arne Slot telah membantu The Reds menjulang trofi EPL tahun lalu. - Foto ihsan Liverpool FC

EPL: Jodoh Arne Slot, Liverpool berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Hanya setahun selepas membantu Liverpool menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), pengurusan tertinggi The Reds membuat keputusan mengejut untuk memecat Arne Slot berkuat-kuasa hari ini.

Keputusan berani itu dibuat susulan kemerosotan prestasi pasukan sepanjang musim ini meskipun masih berjaya mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Slot yang mengambil alih tugas daripada Jurgen Klopp pada 2024 mencipta impak segera apabila menghadiahkan kejuaraan liga ke-20 dalam sejarah kelab pada musim pertamanya.

Bagaimanapun, situasi berbeza pada musim kedua yang menjadi igauan ngeri peminat The Reds apabila pasukan sekadar menamatkan kempen di tangga kelima EPL selepas mengutip 60 mata.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Fenway Sports Group (FSG) selaku pemilik kelab mengakui keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah memandangkan Slot telah berjasa sepanjang berada di Anfield.

“Ini adalah keputusan yang sukar. Sumbangan Arne kepada Liverpool sangat besar dan bermakna. Apa yang dicapainya bersama kelab ini amat dihargai.

“Etika kerja, dedikasi dan kepakarannya membuktikan beliau adalah seorang jurulatih bertaraf tinggi. Sejak hari pertama, beliau sentiasa menerima tanggungjawab dengan penuh komitmen,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, keputusan memecat Slot dibuat hasil perbincangan antara Ketua Pegawai Eksekutif FSG, Michael Edwards dan pengarah sukan Liverpool, Richard Hughes selepas penilaian menyeluruh terhadap prestasi pasukan pada musim ini.

Antara nama jurulatih yang dicadang untuk mengendalikan Liverpool pada musim depan adalah bekas pengendali Bournemouth, Andoni Iraola atau Oliver Glasner yang membimbing Crystal Palace sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN