fbpx
PEARLY (kiri) dan Thinaah bermula garang di set pertama, namun tidak dapat mengekalkan rentak konsisten dalam dua set berikutnya. - MOHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah tersingkir di pusingan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah menerima tamparan hebat apabila tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi, naib juara dunia itu akur dengan kekalahan tiga set 21-9, 17-21, 17-21 kepada Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun dari Taiwan.

Turun sebagai pilihan kelima kejohanan, Pearly-Thinaah bermula garang apabila menguasai sepenuhnya set pertama dengan perbezaan mata cukup besar 18-4 sebelum menang 21-9.

Bagaimanapun, rentak sensasi itu tidak dapat diteruskan di set kedua apabila Yin Hui-Jhih Yun melakukan kebangkitan dan mencatat kemenangan 21-17 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling bertukar servis dan berbalas serangan selain kedudukan mata yang tidak jauh berbeza.

Situasi bertambah cemas buat Pearly-Thinaah ketika pemain lawan mendahului 16-12, namun mereka kembali merapatkan kedudukan 15-16.

Ketika berusaha untuk menyamakan kedudukan, Yin Hui-Jhih Yun mula mengutip mata demi mata dan menjarakkan diri sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua menerusi kemenangan 21-17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN