fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Nrl.nbell memaparkan kesesakan lalu lintas di sebuah lebuh raya

8 jam JB ke KL, tetap tidak sampai lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesesakan lalu lintas yang luar biasa di lebuh raya utama terus menguji kesabaran pengguna jalan raya kerana terpaksa menempuh perjalanan dua kali ganda lebih lama berbanding kebiasaan.

Kesesakan ini dipercayai berlaku berikutan cuti panjang sehingga minggu hadapan, memandangkan hari Isnin ini turut diisytiharkan sebagai cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Nrl.nbell, dia meluahkan rasa letih apabila perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur telah memakan masa selama lapan jam.

“Johor Bahru ke Kuala Lumpur ambil masa lapan jam. Sekarang pun masih lagi tersangkut di atas jalan raya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan kebimbangan yang sama terhadap kesesakan jalan raya yang sedang berlaku.

“Parah weh kalau jem lama-lama macam ni terutamanya yang ada anak kecil, sabar jelah,” ujar Ishakmuhd.

“Sama lah saya pun. Kaki dah kejung dah duduk dalam kereta lama sangat,” tambah Ylaineliow pula.

Ada juga pengguna yang memaklumkan perjalannya dari Melaka ke Kuala Lumpur memakan masa hampir lima jam.

“Saya pula Melaka ke Kuala Lumpur hampir lima jam perjalanan, siapa tak baran?,” kata Ana_Haifus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN