NEW DELHI – Seorang wanita menerima kecaman orang ramai apabila dirakam duduk di atas tangki minyak motosikal sambil memeluk kekasihnya dari arah hadapan, lapor stesen penyiaran NDTV.
Kejadian berlaku di Jalan Ramgarh Tal Ring dalam negeri Uttar Pradesh, India.
Rakaman video dimuat naik di laman X oleh akaun @divyakumaari baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki sedang menunggang motosikal dengan laju sambil dipeluk pembonceng.
Wanita itu bukan sahaja duduk secara bertentangan, malah tidak memakai topi keledar.
Rakaman itu menjadi tular sehingga dilihat oleh polis tempatan.
Polis tampil menegaskan bahawa pasangan itu masih belum dikenal pasti, namun mereka akan dikenakan denda 2,500 rupee (RM120) kerana melanggar peraturan lalu lintas.
“Hangat bercinta sampai sanggup mempertaruhkan nyawa dengan melanggar peraturan jalan raya,” kata seorang netizen. – AGENSI