fbpx
Keadaan motosikal jenis Modenas Dinamik yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan Wan Julaini di Jalan Kota Bahru-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak, Besut semalam.

Budak 11 tahun maut, motosikal ditunda dirempuh Perodua Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang sedang menaiki motosikal sedang ditunda oleh motosikal lain maut selepas dirempuh sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Kota Bahru-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Kenak di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 11.30 malam itu, mangsa, Wan Julaini Wan Noh maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota kepala.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, sewaktu kejadian, motosikal jenis Modenas Dinamik dinaiki mangsa yang dikatakan mengalami kerosakan sedang ditunda sebuah motosikal lain.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian,motosikal dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 21 tahun.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret kira-kira 50 meter,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Wan Julaini sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat murid sebuah sekolah rendah di daerah ini itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

“Ibu bapa diingatkan agar tidak membenarkan anak-anak mereka yang di bawah umur menunggang motosikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN