fbpx
Gambar hiasan

‘Normal ke boyfriend kakak selalu sibuk ikut aktiviti keluarga?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Biasa ke kalau teman lelaki kakak selalu sertai setiap aktiviti keluarga? Walaupun hanya kami keluar makan atau pergi melancong, dia selalu menyibuk ikut sekali.”

Itu persoalan yang ditimbulkan seorang individu yang ‘tidak selesa’ apabila kebanyakan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga, turut disertai teman lelaki kakaknya.

Lebih menjengkelkan katanya, bapanya yang menanggung semua perbelanjaan termasuk untuk lelaki berkenaan.

“Belum kahwin atau tunang cuma boyfriend dan ayah saya perlu membayar semua termasuk dia?

“Adakah saya seorang sahaja yang mendapati ini sangat menjengkelkan atau apa? Saya hanya menginginkan ruang bersama keluarga sendiri,” katanya di media sosial.

Perkongsiannya itu meraih perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai pendapat di ruangan komen.

“Harap jadi lah kahwin ya. Takut putus, dah rosak gambar percutian keluarga awak,” ujar @Mswp.

“Ayah awak la salah kenapa tak tegas atau cakap pada anak-anak jangan nak bawa kekasih sertai apa-apa aktiviti keluarga sebelum halalkan hubungan,” komen @Siputomey.

“Aku pun tak suka. Dia bukan abang ipar lagi,” kongsi @Felis Catus943. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI