fbpx
Mohamad.

Malaysia sertai mesyuarat tergempar OIC bincang serangan Israel – Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 25 Ogos di Jeddah, Arab Saudi.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, mesyuarat tergempar tersebut diadakan bagi membincangkan situasi terkini serangan berterusan Israel terhadap Palestin, khususnya cadangan rejim Zionis untuk mengambil alih sepenuhnya wilayah Semenanjung Gaza secara paksa.

“Dan juga visi peluasan wilayah ‘Greater Israel’ yang melanggar perundangan antarabangsa, serta pembinaan ribuan penempatan haram di kawasan E1 di antara Baitulmaqdis dan Ma’ale Adumim di Wilayah Palestin yang diduduki (OPT),” kata kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Mohamad juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan-rakan sejawat di sela-sela mesyuarat tersebut bagi membincangkan usaha kolektif menamatkan penderitaan penduduk Palestin di Gaza.

Penderitaan rakyat Palestin dilaporkan semakin meruncing ekoran sekatan bantuan kemanusiaan yang berterusan dikenakan oleh rejim Israel, sekali gus menghalang akses kepada makanan, ubat-ubatan serta bekalan asas lain.

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra memaklumkan penyertaan Menteri Luar ke mesyuarat tergempar tersebut adalah komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan hak-hak Palestin untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN