fbpx
ARAUJO (tengah) meraikan jaringan penyamaan Uruguay untuk mengikat Arab Saudi 1-1 pada aksi Kumpulan H di Stadium Miami, sebentar tadi. - AFP

Piala Dunia 2026: Arab Saudi gagal ulangi magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

MIAMI – Kesilapan penjaga gol mewarnai aksi antara Arab Saudi dan Uruguay yang berakhir seri 1-1 pada aksi Kumpulan H Piala Dunia 2026 di Stadium Miami, sebentar tadi.

Keputusan itu turut menafikan impian Arab Saudi untuk mencipta kejutan seperti ketika menewaskan juara dunia, Argentina pada perlawanan pertama kumpulan pada edisi sebelum ini.

Walaupun Uruguay dilihat lebih menguasai permainan di babak pertama, skuad The Green Falcons terlebih dulu ceria apabila membuka jaringan menerusi Abdulelah Al Amri pada minit ke-41.

Jaringan itu terhasil menerusi tindakan pantas Al Amri untuk menyambut bola muntah selepas penjaga gol lawan, Fernando Muslera gagal menangkap kemas bola yang berpunca daripada sepakan percuma.

Bagi mengelak terima aib sama seperti Argentina, Uruguay makin menggandakan asakan namun terpaksa menanti sehingga minit ke-80.

Kesilapan penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Al Owais membuka peluang buat Maximiliano Araujo muncul wira La Celeste.

Keputusan seri itu menjadikan kedudukan Kumpulan H masih lagi terbuka buat keempat-empat pasukan memandangkan bekas juara dunia, Sepanyol terima kejutan selepas terikat tanpa jaringan dengan Cape Verde. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN