MIAMI – Uruguay bakal turun dengan penuh waspada apabila enggan menerima nasib sama seperti juara bertahan, Argentina yang tewas pada Arab Saudi pada perlawanan pertama peringkat kumpulan edisi lepas.
Walaupun status Uruguay sebagai salah satu negara terkecil dalam kejohanan, namun mereka tetap berada dalam kelompok elit apabila muncul salah satu daripada lapan negara yang pernah bergelar juara Piala Dunia.
Hadir sebagai salah satu negara kuasa bola sepak, Uruguay nekad untuk mengelak kekalahan dan akan melakukan apa saja bagi mengatasi Arab Saudi pada perhitungan kedua-dua pasukan di Stadium Miami, pagi esok.
“Uruguay adalah negara kecil, namun kami mempunyai sejarah dalam bola sepak yang panjang dan luar biasa. Kami pernah menang Piala Dunia dan kami tahu mengenai realiti ini.
“Kami tahu negara mana boleh dilabel sebagai pasukan pilihan, namun pada pendapat saya, Uruguay sentiasa mampu memenangi perlawanan,” kata bintang utama Uruguay, Manuel Ugarte.
Satu perkara yang harus diberi perhatian oleh Uruguay ketika ini adalah mendapatkan gambaran awal mengenai Arab Saudi memandangkan The Green Falcon kini dilatih oleh jurulatih baharu, Georgios Donis yang dilantik kira-kira dua bulan sebelum Piala Dunia bermula.
Di ke Arab Saudi, Donis yang bakal melakukan debut dalam aksi antarabangsa harus segera mencari idea baharu selepas pasukannya mencatatkan prestasi tidak konsisten dalam beberapa perlawanan sebelum ini. – AGENSI














