fbpx
Bendera gergasi Arab Saudi dilihat dipegang dan dikendalikan dengan teliti sepanjang upacara pra-perlawanan, awal pagi tadi.

Bendera Arab Saudi ‘terapung’ di Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan FIFA memastikan bendera Arab Saudi tidak menyentuh atau terlalu rapat dengan permukaan padang sebelum perlawanan menentang Uruguay, awal pagi tadi mencuri perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Menerusi rakaman dan gambar yang tular di media sosial, bendera gergasi Arab Saudi dilihat dipegang dan dikendalikan dengan teliti sepanjang upacara pra-perlawanan, tanpa dibiarkan menyentuh rumput stadium.

Menurut perkongsian yang tular, langkah itu diambil sebagai tanda penghormatan terhadap bendera Arab Saudi yang mengandungi kalimah syahadah, iaitu pengisytiharan keimanan dalam Islam yang tertera pada bahagian tengah bendera tersebut.

Bagi memastikan keseimbangan semasa upacara berlangsung, bendera Uruguay turut diangkat pada kedudukan yang sama.

Bendera Arab Saudi sememangnya mempunyai protokol khas kerana memaparkan kalimah suci, menyebabkan ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya atau diletakkan di tempat yang boleh dianggap tidak menghormati tulisan tersebut.

Sementara itu, perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 dalam aksi yang berlangsung sengit.

Perkongsian mengenai layanan khas terhadap bendera Arab Saudi itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai menyifatkannya sebagai satu bentuk penghormatan terhadap sensitiviti agama dan budaya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN