fbpx
OYARZABAL (kiri) cemerlang menyumbangkan dua gol dan satu bantuan jaringan untuk bantu Sepanyol menang 4-0 ke atas Arab Saudi, hari ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol terlalu unggul buat Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

ATLANTA – Sepanyol kembali menemui reputasi sebenar selepas membelasah Arab Saudi 4-0 pda aksi kedua Kumpulan H Piala Dunia 2026 di Stadium Atlanta, hari ini.

Penyerang Real Sociedad, Mikel Oyarzabal muncul pemain paling menyerlah apabila menyumbangkan dua gol sekali gus mengesahkan kebangkitan hebat La Roja yang dihimpit kecewa selepas seri dengan Cape Verde pada perlawanan pertama.

Keputusan itu meleburkan cita-cita besar Arab Saudi untuk cipta kejutan dengan menewaskan pasukan gergasi dunia seperti edisi sebelum ini yang menyaksikan mereka tundukkan juara dunia, Argentina pada perlawanan pertama.

Sumbangan Oyarzabal bermula seawal minit ke-10 dengan menyaksikan hantarannya berjaya menemui bintang muda, Lamine Yamal yang tenang meledak gol pertama perlawanan.

Oyarzabal terus mendapat perhatian apabila dua kali merobek gawang Arab Saudi dalam tempoh tiga minit, masing-masing pada minit ke-21 dan 24.

Minit ke-49, Arab Saudi terus tertekan apabila pertahanan mereka, Hassan Altambakti tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol keempat buat La Roja.

Walaupun dilihat terus mencuba, The Green Falcons dihimpit kecewa malah Sepanyol makin selesa untuk menguasai permainan hingga tamat perlawanan. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN