MUTAKHIR ini peningkatan kes HIV dalam kalangan remaja dan belia amat membimbangkan. Malah, sebanyak 222 kes baharu jangkitan HIV dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) direkodkan tahun lalu, melibatkan golongan muda seawal usia 18 dan 19 tahun. Majlis Aids Malaysia (MAC) mendedahkan bahawa remaja dan belia di bawah 30 tahun kini menjadi golongan paling berisiko tinggi jangkitan HIV di negara ini. Setiausaha Kehormat MAC, Dr. Zaiton Yahya berkata, kebanyakan kes baharu adalah dalam kalangan remaja lepasan sekolah dan universiti.……