fbpx
Zambry bersama Shahrin di hadapan stesen LRT3 UiTM Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

LRT3 kurangkan sesak, jimat kos pelajar UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kemudahan Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam mengurangkan kesesakan jalan di dalam kawasan kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, termasuk membantu menjimatkan kos perbelanjaan pelajar.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pembinaan kemudahan infrastruktur awam itu jelas memberi manfaat kepada ribuan warga institusi pengajian tinggi awam (IPT) berkenaan.

“Dengan adanya LRT itu, ia bakal mengurangkan kesesakan dan perbelanjaan pelajar untuk bergerak ke seluruh kawasan Lembah Klang.

“Saya dapat melihat pelajar amat teruja dan tentunya memberi kelegaan kepada mereka yang berdepan masalah kesesakan untuk pergi ke kampus,” katanya selepas melancarkan inisiatif semikonduktor di UiTM Shah Alam di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib bersama warga kementeriannya turut merasai pengalaman menaiki LRT3 dari stesen Stadium Shah Alam ke stesen UiTM itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN