fbpx
Saarani (tengah) beramah mesra bersama peniaga pada Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2023 Daerah Hilir Perak Tahun 2025 di Parit 7B, Kampung Permatang Sungai Manik, Teluk Intan hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

Firma automotif China melabur di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Sebuah firma automotif Cina selain Proton akan memulakan fasa pertama pembinaan kilang pemasangan kenderaannya di sekitar Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) yang bakal mengubah Tanjung Malim dekat sini menjadi sebuah hab automotif bertaraf global.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelaburan antarabangsa berimpak tinggi yang bernilai berbilion ringgit itu akan diumumkan sendiri oleh firma berkenaan tidak lama lagi setelah mendapat kelulusan sepenuhnya kerajaan China.

“Urusan di sini (Perak) telah selesai iaitu pengambilan tanah, cuma tidak boleh diumumkan sebab ada peraturan-peraturan peringkat negara China.

“Jika di Proton City melangkau berbilion ringgit ia (nilai) pun mesti sama. Terletak di sekitar AHTV dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 80.93 hektar,” katanya kepada pemberita di Parit 7B Kampung Permatang, Sungai Manik di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Daerah Hilir Perak 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Difahamkan, firma automotif berkenaan menumpukan pemasangan kenderaan elektrik (EV) untuk dipasarkan di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI