fbpx
Gambar hiasan

Jurutera ditipu pelaburan saham dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang jurutera wanita mengalami kerugian sebanyak RM178,200 selepas terperdaya dengan pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa yang berusia 33 tahun, kelmarin.

Beliau berkata, wanita yang bekerja dengan syarikat swasta mendakwa melihat iklan pelaburan menerusi aplikasi Telegram pada Mac lalu sebelum menghubungi pihak yang menawarkan skim pelaburan tersebut.

 

MOHD. SOHAIMI

“Mangsa kemudiannya diarahkan untuk melakukan 19 transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza antara 20 Mac hingga 15 Julai 2025 dengan jumlah keseluruhan RM178,200.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan hasil pelaburan dan tidak lagi dapat menghubungi pihak yang terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Sohaimi berkata, semakan menerusi portal Semak Mule oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mendapati ketiga-tiga akaun terlibat mempunyai 21 rekod laporan polis berkaitan penipuan pelaburan.

“Polis turut menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti penglibatan ‘keldai akaun’ dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN