fbpx
Gambar hiasan

Kontraktor rugi RM98,800 diperdaya tender sekolah palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Hasrat seorang kontraktor untuk meraih keuntungan daripada tender sebuah sekolah bernilai kononnya lebih RM350,000 lebur malah dia pula yang kerugian RM98,800 apabila diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, pada mulanya, lelaki berusia 45 tahun itu telah dihubungi individu tidak dikenali yang mendakwa kononnya guru di sebuah sekolah di Chukai di sini.

“Suspek menawarkan kononnya tender pembekalan 95 unit kerusi kantin sekolah jenis keluli tahan karat.

“Mangsa kemudiannya menerima sebut harga RM351,500 kononnya daripada syarikat pembekal yang dicadangkan suspek,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, kontraktor tersebut kemudiannya bersetuju sebelum membuat pembayaran RM98,800 kononnya sebagai deposit pembekalan kerusi kantin terbabit pada kelmarin.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari tertipu apabila semakan dengan pengurusan sekolah kemudiannya menafikan kewujudan tender pembekalan terbabit.

“Nama guru digunakan suspek untuk memperdaya mangsa juga sebenar tidak wujud dan bertugas di sekolah tersebut. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN