fbpx
VERSTAPPEN semakin kecewa dengan prestasi pasukan apabila gagal membantunya untuk memburu kejuaraan dunia. - AFP

F1: Verstappen perlu lebih berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas juara dunia Formula Satu (F1), Jenson Button percaya sudah tiba masanya Max Verstappen membuat keputusan demi kepentingan kariernya sendiri, termasuk meninggalkan Red Bull jika itu jalan terbaik untuk terus memburu kejuaraan dunia.

Menurut Button, pasukan pengurusan Verstappen sepatutnya sudah mengadakan perbincangan dengan pasukan lain kerana itu adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan pelumba Belanda itu berada dalam pasukan paling kompetitif.

“Jika pengurusnya tidak bertanya kepada pasukan lain, mereka tidak menjalankan tugas dengan betul. Saya pasti ada dua pasukan yang menjadi pilihannya iaitu McLaren dan Mercedes,” katanya.

Button berkata, walaupun Verstappen masih mempunyai kontrak bersama Red Bull sehingga penghujung 2028, perpindahan masih boleh berlaku kerana segala-galanya boleh dirunding dalam dunia F1.

Beliau turut menyifatkan Verstappen semakin kecewa dengan prestasi Red Bull musim ini, meskipun pelumba berusia 28 tahun itu cuba menyembunyikan perasaannya di hadapan umum.

Menurutnya, perubahan besar dalam struktur Red Bull sejak kebelakangan ini turut memberi kesan kepada Verstappen selepas beberapa individu penting yang bersama-sama membina kejayaan pasukan itu meninggalkan organisasi berkenaan.

“Ia pasti sesuatu yang janggal. Ramai orang yang pernah bekerja dengannya dan membantunya memenangi kejuaraan sudah tiada. Saya rasa dia mula melihat pilihan lain untuk musim depan,” kata Button. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN