fbpx
HAMILTON mengakui jentera Ferrari berdepan masalah cengkaman dan sukar untuk menyaingi Mercedes. - AFP

F1: Hamilton dedah jentera Ferrari belum mantap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MONTE CARLO – Pelumba Ferrari, Lewis Hamilton percaya pasukan itu berdepan kesukaran untuk memecahkan dominasi Mercedes dalam perlumbaan Formula Satu (F1) pada saingan musim ini.

Menurut juara dunia tujuh kali itu, Mercedes memiliki kelebihan yang cukup ketara berbanding pasukan lain, terutamanya selepas mereka berjaya memenangi kesemua enam perlumbaan setakat ini.

Hamilton berkata, kehebatan Mercedes dalam menyediakan jentera terbaik, lebih-lebih lagi dari segi aerodinamik menyebabkan pasukan-pasukan pesaing terpaksa ‘berputih mata’ untuk menggugat mereka.

“Dari segi prestasi umum dan downforce, memang jelas mereka berada satu tahap di atas pasukan-pasukan lain selain memiliki (unit) kuasa yang mantap. Untuk kami, isu sebenar adalah downforce.

“Kalau anda melihat dari segi cengkaman, ia boleh diibaratkan seperti langit dan bumi jika dibandingkan dengan kami. Saya harap kami boleh mengejar mereka kerana pasukan ini sentiasa bekerja keras,” katanya.

Pada Grand Prix (GP) Monaco di Litar Monte Carlo Ahad lalu, Hamilton terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas menamatkan perlumbaan di belakang pelumba Mercedes, Kimi Antonelli.

“Sukar untuk dipercayai apabila saya berada di tempat kedua dalam carta kejuaraan dunia ketika ini. Kita masih berada di awal saingan, jadi kami akan terus memberikan tekanan,” ujar pelumba Britain itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN