fbpx
HAMILTON perlu kekal memastikan tahap kepantasan di litar dan peningkatan prestasi untuk terus mendapat sokongan Ferrari. - AFP

F1: Hamilton masih ada kekuatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas juara dunia Formula Satu (F1), Jenson Button percaya Lewis Hamilton masih memiliki kelajuan untuk terus bersaing dan tidak perlu memikirkan soal persaraan ketika ini.

Button menyifatkan kedudukan Hamilton di Ferrari sangat bergantung kepada kelajuannya di atas litar dan pasukan gergasi Itali itu tidak akan teragak-agak untuk ‘menamatkan’ karier Hamilton sekiranya pelumba berusia 41 tahun itu gagal memberikan keputusan yang diharapkan.

Hamilton yang mengharungi musim pertama yang cukup mencabar bersama Ferrari pada 2025 sehingga pernah melabel dirinya sebagai ‘tidak berguna’, kini mula menunjukkan tanda-tanda kebangkitan pada musim 2026.

Hamilton mula menunjukkan peningkatan musim ini apabila menamatkan perlumbaan pembukaan di Australia di tempat keempat sebelum meraih podium pertama bersama Ferrari menerusi kedudukan ketiga di China.

Dia kemudian menamatkan saingan di tempat keenam pada perlumbaan di Jepun dan Miami, menyaksikan Hamilton hanya ketinggalan 49 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Kimi Antonelli, selain lapan mata di belakang rakan sepasukan, Charles Leclerc.

“Tahun lalu bukan musim yang mudah buat Lewis. Dia menghabiskan masa yang lama bersama Mercedes dan mendapat sokongan penuh di sana. Dia berpindah ke pasukan baharu di Itali tanpa mahir berbahasa Itali, manakala rakan sepasukannya (Charles Leclerc) mempunyai kelebihan itu.

“Pada usia 40 tahun, proses pembelajaran adalah jauh lebih sukar berbanding ketika berusia 20-an. Namun, sangat menarik untuk melihat beliau kembali kompetitif tahun ini dan mampu bersaing dengan Charles,” kata Button yang juga juara dunia 2009.

Bagaimanapun, Button menegaskan bahawa dalam sukan permotoran elit, keinginan pelumba sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan kedudukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN