fbpx
MEXICO memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri dan bersedia memulakan saingan dengan rentak kemenangan berdepan Afrika Selatan. - AFP

Piala Dunia: Mexico fokus persiapan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO CITY – Psikologi akan menjadi elemen utama buat Mexico bagi menghadapi Afrika Selatan pada aksi pertama Piala Dunia 2026 di Stadium Mexico City, awal pagi esok.

Pengendali Mexico, Javier Aguirre menjelaskan perkara itu juga akan menjadi perkara penting dan enggan terlalu menumpukan perhatian kepada persiapan taktikal dan kecergasan pemain.

Biarpun memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri, Aguirre tidak mahu memulakan saingan dengan ‘langkah kiri’ dan menuntut anak buahnya menghasilkan sesuatu bagi mempertahankan maruah negara.

“Bagi pemain, ia merupakan satu pengalaman yang cukup luar biasa, mereka perlu tahu di mana mereka berasal. Bagi saya ia cukup mengujakan dapat melihat wajah pemain.

“Saya mahu pemain berasa bangga untuk bersaing dan cuba beri segala-galanya ketika berada atas padang. Mereka harus beri apa saja dan bermain penuh bersemangat ketika mewakili Mexico,” katanya.

Persekutuan Bola Sepak Mexico turut melantik semula pakar mental, Imanol Ibarrondo yang pernah bersama pasukan pada Piala Dunia 2018 dan 2022.

“Imanol sudah melakukan tugasnya dengan cukup baik dan kami saling mengenali antara satu sama lain. Saya fikir semua ini akan membantu kami terus berkembang,” kata pertahanan muda Mexico, Mateo Chavez. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN