fbpx
Kereta Ferrari yang disita dalam Ops Luxury oleh JPJ Selangor di Persiaran Pulau Lumut, Klang, kelmarin.

Pandu Ferrari, Mercedes Benz tapi tak bayar cukai jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Masalah memperbaharui insurans menjadi alasan seorang pemandu kereta mewah Ferrari tidak memperbaharui cukai jalan di Persiaran Pulau Lumut, Klang, kelmarin.

Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai kontaktor itu memakan diri apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi Ops Luxury.

Timbalan Pengarah JPJ negeri, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pemeriksaan pihaknya nendapati lesen kenderaan motor (LKM) kereta mewah itu tamat pada 18 Mac lalu.

“Lelaki itu kemudian memberi alasan mempunyai masalah berkaitan pembaharuan insurans kereta Supercar jenis Ferrari F430 F1 berkenaan. Selain LKM tamat tempoh, kesalahan melibatkan penukaran enjin tanpa kebenaran turut dikesan dilakukan pemandu tersebut,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kereta yang disita itu dibawa ke Stesen Penguatkuasa (SPK) Ijok, Kuala Selangor bagi tindakan lanjut.

Dalam pada itu, kata Ahmad Kamarunzaman, pihaknya turut menyita sebuah kereta Mercedes Benz GLC 300 di Jalan Kuala Selangor – Kepong pada hari sama.

“Sitaan dibuat selepas pemandunya iaitu lelaki berusia 50-an didapati menggunakan LKM tamat tempoh dan tiada insurans,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN