fbpx
SEORANG anggota polis berkawal di pintu masuk komuniti Sevina di rantau Purepecha, negeri Michoacan pada 27 Mei lalu. – AFP

5 polis Mexico ditembak mati menjelang Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO – Lima anggota polis Mexico ditembak mati dan lima lagi cedera  di negeri bergolak, Michoacan semalam menjelang pembukaan Piala Dunia di Bandar Raya Mexico, kata pihak berkuasa tempatan.

Anggota-anggota polis itu ditembak penyerang tidak dikenali di kawasan Orang Asli di Michoacan,  barat Mexico, kata kerajaan negeri.

Trak pikap yang mereka naiki berlubang ditembusi peluru, demikian menurut gambar yang diperoleh AFP.

Serangan  berlaku di Perbandaran Nahuatzen,  kawasan didiami oleh Orang Asli Purepecha di mana Kartel Generasi Baharu Jalisco (CJNG) aktif beroperasi.

Mei lalu,  pembunuhan seorang datuk bandar bandar kecil di negeri Michoacan yang  didakwa dilakukan oleh CJNG, mencetuskan kemarahan rakyat.  Penduduk menuduh kerajaan gagal memerangi keganasan yang semakin meningkat.

Ibu negeri Michoacan, Morelia  terletak sekitar 300 kilometer dari Bandar Raya Mexico  dan juga bandar tuan rumah Piala Dunia yang lain, Guadalajara.

Jabatan keselamatan negeri berkata,  polis masih memburu penyerang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN