fbpx
PASUKAN England meraikan kejayaan menewaskan tuan rumah, Mexico 3-2 pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 sekali gus mengesahkan kemaraan Three Lions ke suku akhir. – AFP

Piala Dunia 2026: England kebal walau beraksi 10 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEXICO CITY – Pengendali England, Thomas Tuchel memuji semangat juang luar biasa yang dipamerkan anak-anak buahnya selepas menyingkirkan tuan rumah, Mexico 3-2 dalam aksi penuh dramatik untuk melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2026.

Pada perlawanan itu, skuad Three Lions terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jarell Quansah dilayangkan kad merah tetap berjaya mempertahankan kelebihan hasil dua jaringan Jude Bellingham dan satu gol Harry Kane.

Tuchel mengakui perlawanan tersebut menguji mental dan ketahanan pasukannya terutama apabila beberapa insiden lebih memihak kepada tuan rumah.

“Saya sangat bangga dengan pasukan kerana mereka berikan segala-galanya untuk menang. Ini adalah perlawanan yang sukar. Setiap kali kami merasakan sudah menguasai momentum, mereka berikan cabaran.

“Namun, itulah mentaliti sebenar pasukan ini, apabila keadaan menjadi sukar, mereka tidak pernah mengalah dan tidak pernah hilang kepercayaan. Mereka sentiasa memberikan lebih daripada apa yang diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Bellingham yang juga tonggak Real Madrid menganggap kemenangan tersebut membuktikan England memiliki karakter yang jauh lebih kuat berbanding sebelum ini.

“Sukar untuk saya gambarkan semuanya. Bermain dengan 10 orang, cara kami mempertahankan kawasan sendiri dan pada masa sama begitu klinikal di hadapan gol lawan amat luar biasa.

“Pada masa lalu, mungkin England akan tumbang dalam situasi seperti ini tetapi kali ini kami kekal bersatu sehingga wisel penamat. Pujian wajar diberikan kepada semua pemain, sama ada yang bermula atau masuk sebagai pemain gantian, mereka memberikan segalanya,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan England bakal bertemu Norway di peringkat suku akhir di Stadium Miami, Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN