BANDAR RAYA MEXICO – Seorang individu misteri yang menentang keganasan di Mexico menangkap ‘pencuri basikal’ dengan cara yang agak luar biasa, lapor akhbar Metro.co.
Beberapa lelaki yang didakwa pencuri motosikal diikat menggunakan pita pelekat pada tiang, baru-baru ini dengan perkataan ‘ratero’ tertulis pada kepala mereka, yang diterjemahkan sebagai ‘pencuri’.
Lelaki-lelaki itu ditemukan diikat di sekitar Lagos de Moreno, negeri Jalisco, selalunya dengan misai dan sesungut kucing dilukis pada pipi mereka, dan motosikal yang kononnya dicuri berada berdekatan.
Akhbar The Sun melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang lelaki ditinggalkan dalam keadaan berdarah dan lebam selepas bertembung individu tersebut.
Polis bagaimanapun menganggap lelaki-lelaki yang diikat sebagai mangsa dalam situasi tersebut dan siasatan dilancarkan untuk mencari suspek misteri itu.
Sebanyak lima kes telah dilaporkan
Pengguna media sosial memberi gelaran ‘Batman Mexico’ kepada individu tersebut. – AGENSI














