fbpx
HABIS tempoh berpantang selepas bersalin anak sulung, Eyka Farhana kini kembali langsing.

Baru bersalin, cantik betul badan Eyka Farhana!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBELUM bersalin memang sudah cantik tetapi selepas ada anak, bertambah jelita pula. Itu yang bermain dalam fikiran Diva ketika melihat foto-foto yang dikongsi Eyka dalam media sosial baru-baru ini.

Mana tidaknya, bentuk badannya tidak seperti wanita yang sudah melahirkan seorang anak dan kembali langsing seperti anak dara.

Bukan Diva sahaja yang berfikiran begitu tetapi netizen juga sependapat sehingga ada yang minta tip kurus daripada isteri pemain bola sepak, Akhyar Rashid itu.

“Eyka mana perut menggeleber selepas bersalin? Kenapa tak ada perut buncit macam kami?

“Lain macam dia kurus lepas bersalin, dia beranak olok-olok ke sebab lawa sangat badan!” puji netizen.

Diva rasa Eyka jalani tempoh berpantang yang ketat dan amalkan pengambilan makanan sihat.

Mungkin empunya badan boleh kongsi petua dengan golongan ibu lain yang susah sangat nak kembali langsing lepas beranak.

DIVA: Tak sabar menanti kelahiran anak lelaki Nelydia Senrose, mesti comel!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN