TANGKAP layar video menunjukkan pegawai berkenaan melompat ke atas badan seorang lelaki demi menyeberangi kelopak air. - TikTok

Enggan basah, pegawai daerah pijak badan lelaki seberang lopak air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pegawai daerah di Karo, wilayah Sumatera Utara menerima kecaman orang ramai selepas dirakam memijak badan seorang lelaki demi menyeberangi lopak air, lapor laman berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pegawai terbabit melompat ke atas badan seorang lelaki yang duduk di dalam kelopak air. 

Dia bertindak sedemikian agar tidak basah.

Pemerintah Kabupaten Karo bercadang untuk memberikan nasihat kepada pegawai berkenaan sebagai bentuk penilaian terhadap etika.

Rakaman itu mencatatkan lebih 222,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Padahal cuma kelopak air,” kata seorang netizen. 

“Rakyat sudah biasa dipijak dengan orang atasan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN