fbpx

[VIDEO] ‘Dia nampak ‘benda’ itu gigit tangan hingga pipi berdarah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak menceritakan detik melihat makhluk halus di dalam rumahnya.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan didakwa mengalami pengalaman menyeramkan apabila melihat penampakan makhluk halus di dalam rumahnya.

Menerusi perkongsian pada TikTok @Syarafuddin_ghani menunjukkan kanak-kanak perempuan itu sedang menceritakan kejadian tersebut kepada bapanya.

Menurutnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat kelalaian mereka sekeluarga yang terlupa menutup pintu rumah ketika azan maghrib berkumandang.

“Bermula dengan tidak tutup pintu rumah waktu azan maghrib sebab ada urusan, waktu solat nampak Sara menyorok bawah sofa dan diam sangat.

“Selepas solat kami tanya dia kenapa baru dia cerita nampak hantu gigit tangan sampai berdarah ada dekat dapur,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bapa kanak-kanak tersebut segera bertindak membaca ayat-ayat suci al-Quran dan surah yasin selepas mendengar pengakuan kanak-kanak tersebut.

“Biila Sara yang cerita ini sahih tidak menipu,” ujarnya.

Rata-rata orang ramai di ruangan komen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing berdepan gangguan makhluk halus pada waktu senja.

“Kami pernah keluar lepas maghrib, masa undur kereta nak keluar rumah tu, anak cakap takut, bila tanya takut apa, dia kata takut nenek sambil tunjuk kat pokok bunga kenanga. kita tengok takde apa. Saya dah takut waktu itu,” kongsi Amirah.

“Sesetengah orang tak percaya bahaya waktu maghrib ni lebih-lebih lagi waktu azan itu syok duduk di luar dan atas jalan, yang sengaja ya bukan yang ada urusan,” komen Nazirahfathil. – KOSMO! ONLINE

@syarafuddin_ghani Nak jadi cerita .. Bermula dgn tak tutup pintu belakang rumah waktu azan Maghrib sbb buat kije sikit.. Masa solat tu, Sara duk menyorok bawah sofa tu ja.. xpernah lagi dia diam sampai tahap tu.. biasa dia kacau jgk org solat.. Dah siap solat tu, tnya2 dia kenapa.. Baru dia cerita dia nampak hantu.. gigit tangan smpai berdarah.. ada kat dapur, pastu luar rumah.. siap dia tunjuk reaksi muka lagi.. Papa dia take action terus la.. amik Quran dan baca Yassin😅.. Pak dia pun bukan berani cngt .. tambah2 bila Sara yg cerita.. sahih x tipu..🤣 #seram #hantu #maghrib ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI