fbpx

Sikap peniaga punca MyKiosk tidak beroperasi di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa unit MyKiosk di Jalan Labu yang masih lagi kosong dan belum dipindahkan ke tempat strategik. - Foto NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN – Sikap tidak bersungguh-sungguh dan kedegilan segelintir peniaga menjadi punca utama kegagalan pengoperasian MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di negeri ini, meskipun kemudahan dan tawaran telah disediakan sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, walaupun 90 peratus kiosk telah diisi dalam tempoh dua minggu lalu, hanya sebahagian daripadanya beroperasi.

“Setiap hari mereka minta kiosk, tetapi apabila ditawarkan dan diberikan surat tawaran, mereka tidak tampil untuk memulakan perniagaan. Ini bukan masalah sistem, tetapi masalah sikap,” katanya ketika ditemui.

Katanya, antara kawasan yang dikesan adalah di Taman Bunga Raya, Mantin, di mana hanya enam daripada 10 kiosk beroperasi walaupun semuanya telah ditawarkan.

Menurut Arul, pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menyediakan insentif tambahan seperti pengurangan sewa daripada RM150 kepada RM100 serta penurunan deposit daripada RM800 kepada kira-kira RM200 bagi menarik lebih ramai peniaga.

Namun, katanya, masih terdapat peniaga yang memilih untuk berniaga tanpa lesen menggunakan khemah kekal, walaupun telah dimaklumkan bahawa tindakan tegas termasuk penyitaan barang akan diambil.

“Saya beri tempoh dua minggu kepada peniaga yang belum memulakan operasi untuk bertindak, sebelum lot-lot kosong ditarik balik dan ditawarkan kepada peniaga lain. Setakat ini, 10 peratus daripada keseluruhan kiosk di Negeri Sembilan belum beroperasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI