fbpx

Imigresen gempur kilang e-waste haram, 39 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah kilang pelupusan sisa elektronik di Pulau Indah, Selangor, pada 19 Jun lalu.

PETALING JAYA – Kegiatan sebuah kilang yang disyaki menjalankan aktiviti pelupusan sisa elektronik (e-waste) secara haram di Pulau Indah, Selangor terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada 19 Jun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula pukul 11 pagi itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama dua minggu.

“Seramai 42 individu diperiksa terdiri daripada 39 warga asing yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) serta tiga warga tempatan.

“Hasil pemeriksaan, JIM telah menahan seramai 39 warga asing dengan pecahan empat lelaki dan 12 wanita warga China serta 27 lelaki warga Bangladesh berusia di antara 25 hingga 49 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, kesemua individu ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI