Zaidi (dua dari kanan) melihat sisa bahan binaan yang dibuang di sebuah tapak di Kampung Tenggayun, Mukim Rimba Terjun, di Pontian hari ini. Foto oleh MUHAMAD ZIKRI/KOSMO!

Keluarkan segera sisa binaan Singapura dari tapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kerajaan negeri meminta sisa binaan dari Singapura yang dibuang di Kampung Tenggayun, Mukim Rimba Terjun di sini dikeluarkan dari tapak tersebut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zaidi Japar berkata, pemeriksaan mendapati aktiviti membawa masuk sisa masih berlaku walaupun larangan dikeluarkan pada 18 Ogos lalu.

Katanya, tindakan itu secara jelas melanggar peraturan di bawah Akta 672 kerana membuang bahan binaan tanpa kelulusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (SWCorp).

“Pihak berkenaan juga melanggar lima perkara iaitu pengurusan trafik, tiada papan tanda, penghadang projek dan menggunakan bahan binaan dari Singapura untuk menambak tapak tersebut.

“Selepas menerima aduan penduduk, kita meminta kerja-kerja di tapak tersebut dihentikan segera dan sisa-sisa dikeluarkan,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak di Kampung Tenggayun petang ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Md. Israk Abdullah, Pengarah SWCorp Johor, Zainal Fitri Ahmad, Pegawai Daerah Pontian, Mohd Farid Hassan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian, Sulaiman Ismail.

Kosmo! kelmarin melaporkan kegiatan membuang sisa binaan secara haram masih belum reda apabila ia kembali aktif dengan 10 buah treler dikesan melakukan perbuatan itu di Mukim Rimba Terjun baru-baru ini.

Tapak buangan yang ditutup pada 18 Ogos lalu itu dipercayai kembali didatangi kenderaan besar yang sarat dengan sisa binaan dikendalikan oleh empat syarikat lori.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN