SEKUMPULAN belia marah apabila didakwa diperguna oleh seorang ahli politik di Kenya. - BNN

Gen Z dakwa dipergunakan, ditinggalkan ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAIROBI – Ahli Parlimen Lang’ata di Kenya, Jalang’o dikecam susulan dakwaan beliau mengerahkan kumpulan usia Generasi  Z (Gen Z) menghadiri satu acara politik sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan), sebelum kumpulan itu dilaporkan berdepan tembakan dan gas pemedih mata sebaik tiba di lokasi kejadian, lapor saluran telegram BNN.

Kumpulan belia tersebut berkata, mereka dijanjikan bayaran wang untuk menghadiri acara itu tetapi tidak pernah dibayar. 

Video tular di media sosial menunjukkan mereka melemparkan kemarahan terhadap  ahli parlimen berkenaan  serta menuduhnya mempergunakan dan meninggalkan kumpulan itu selepas kekecohan berlaku. 

Insiden itu mencetuskan reaksi panas, dengan rakyat Kenya mempersoalkan dakwaan mobilisasi politik membabitkan golongan muda. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN