fbpx

Nahas UPSI: ‘Keropok, daging tak sempat nak makan dengan kawan-kawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun tersebut.

PETALING JAYA – ‘Allahyarham bawa bekal makanan nak makan bersama kawan-kawan tapi tak sempat nak merasa,’

Demikian luahan pilu sepupu kepada salah seorang mangsa kemalangan bas di Jalan Jeli–Gerik, Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd. Sofian, 21, apabila makanan terakhir yang dibawa arwah masih elok keadaannya.

Menurut perkongsian di Facebook, sepupunya memuat naik tangkap layar status WhatsApp rakan-rakan Aqil yang berkongsi kisah mengenai daging goreng dan keropok lekor yang dibawa pulang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk dimakan bersama.

“Qil (Aqil) aku buka bagasi mung (kau). Makanan yang mung (kau) bekalkan nak makan sama-sama dengan kawan UPSI. Masih elok makanannya dan tak rosak. Kawan-kawan tak sempat,” tulis salah seorang rakannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa sebak dan terkesan dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang sahabat yang baik.

“Baiknya arwah. Pasti sahabat yang amat dirindui oleh rakan-rakan,” kata Juliana Mohd Isa.

“Keropok dan daging tak sempat nak makan dengan kawan-kawan. Allahuakbar.. syurga tempat mu dik,” komen Rozita.

“Sedihnya makanan tu. Perit seorang ibu nk terima semula makann yang dia masak bekal makanan anak pergi belajar jauh. Tak sempat makan, luluh hati seorang ibu,” ujar Shima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI