fbpx

Apakah Tengku Zafrul kena bayar RM100 juta kerana lompat parti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meninggalkan UMNO menimbulkan tanda tanya sama ada beliau akan dikenakan denda RM100 juta kerana melompat parti.

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Datuk Mohd. Puad Zarkashi menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini dan beliau akan dibangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat MKT akan datang.

“Saya akan mendesak UMNO semak balik akujanji semasa Zafrul menjadi calon BN di (Pilihan Raya Umum) PRU ke 15.

“Apakah Zafrul boleh dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana lompat parti?,”soalnya.

Pada hantaran sama juga, Mohd. Puad mahu UMNO menegur Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika permohonan Zafrul diterima.

Jelasnya, tidak memadai dengan kenyataan UMNO rasa kesal tetapi, mesti ada perbincangan awal secara sulit yang jadi punca Zafrul sertai PKR.

“Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi. PKR mesti diberi amaran,  jika dibiar tikam belakang akan berlaku lagi.

“Jangan salahkan UMNO jika ahli UMNO hilang kepercayaan terhadap PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kerjasama Kerajaan Perpaduan akan rosak binasa,”tegasnya.

Kosmo! semalam melaporkan, Tengku Zafrul mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli MKT UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keahliannya dalam parti itu.

Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada pucuk pimpinan UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI