fbpx
MOHAMAD pada Majlis Pelancaran Jentera BN Pengumuman Calon, hari ini.

Tunggu pengumuman pihak sebelah sana – Mohamad Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan pengumuman 25 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) malam ini dibuat kerana hanya jumlah itu yang akan mewakili gabungan tersebut.

Bagaimanapun Mohamad berkata, pengumuman lanjut berhubung persefahaman tersebut akan dibuat oleh ‘pihak sebelah sana’.

“Tunggulah pengumuman daripada pihak sebelah sana,” katanya yang merujuk sebagai ‘rakan’ yang boleh dipercayai.

Mohamad turut menggesa jentera BN di DUN Linggi supaya memperkukuhkan gerak kerja bagi menghadapi saingan pada PRN kali ini lebih-lebih lagi selepas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berpindah daripada DUN Sikamat ke Linggi.

Katanya, pertembungan itu dijangka sengit dan keputusan calon yang bertanding adalah berdasarkan ketetapan pucuk pimpinan BN.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN