fbpx
Gambar hiasan.

Semak borang calon PRN sebelum hantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan bakal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan supaya membuat semakan awal borang sebelum Hari Penamaan Calon (HPC).

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan membawa resit pembayaran pada HPC.

“HPC ditetapkan pada Sabtu ini. Kertas penamaan calon hendaklah diserahkan dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di lapan pusat penamaan calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, borang boleh diserahkan oleh sama ada oleh calon, pencadang atau penyokong.

Khairul Shahril berkata, bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik pula hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti ketika membuat penyerahan kertas penamaan calon.

Beliau berkata calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan.

SPR meminta semua pihak mematuhi peraturan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN