fbpx

‘Saya tak kisah bayar berapa, janji baju saya lipat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang wanita menawarkan servis melipat pakaian.

PETALING JAYA – “Saya tak kisah bayar berapa, janji baju saya lipat je. Saya susah lipat baju,”

Demikian luahan jujur seorang pelanggan yang sanggup membayar asalkan pakaian miliknya dilipat rapi.

Permintaan tersebut ditujukan kepada seorang wanita yang menawarkan servis melipat pakaian khas buat individu yang tidak berkesempatan atau kurang gemar melakukannya sendiri.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Ninishrn, wanita berkenaan berkongsi kesibukannya pada hujung minggu lalu apabila menerima banyak tempahan daripada pelanggan.

“Kisah weekend yang lepas… I was super occupied! (saya sangat sibuk). Ramai pelanggan hantar baju untuk dilipat. Alhamdulillah, syukur!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video berkenaan, dia turut menjelaskan kadar bayaran servis ditentukan berdasarkan saiz beg atau bakul pakaian yang dihantar.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen menyambut baik idea perniagaan tersebut, malah ada yang tidak menyangka wujudnya servis lipat baju.

“Baru tahu ada servis lipat baju. Gila dunia,” tulis @Wanino.

“Kak cuba bagi tips. Selain lipat baju untuk cari rezeki, macam mana akak boleh rajin melipat ye? Kitanya bab lipat baju paling malas,” komen @Ierairadani.

“Allah, macam mana nak rajin lipat baju sis? Saya ada empat bakul nak kena lipat ni,” kata @Nadrazali.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan di TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI