fbpx

Tan Sri disiasat SPRM, disyaki terbabit pengubahan wang haram RM500 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri bagi membantu kes pengubahan wang haram bernilai lebih RM500 juta.

Menurut sumber, siasatan turut menjurus kepada unsur rasuah membabitkan beberapa pelaburan selepas penggabungan dua syarikat.

Katanya, beberapa lokasi termasuk pejabat dan kediaman telah diserbu bagi membantu siasatan.

“SPRM menjalankan penggeledahan di beberapa lokasi seperti pejabat serta kediaman suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Fokus siasatan adalah menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 23 SPRM 2009, iaitu kesalahan salah guna kuasa dalam isu ganjaran (gaji, bonus dan syer), branding fee (bayaran jenama) dan private placement (penawaran saham) dari tahun 2012 hingga 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah sumber, siasatan turut dilakukan bagi mengenal pasti kesalahan lain seperti pecah amanah, salah guna dana dan pemalsuan dokumen di bawah Kanun Keseksaan.

“Tan Sri tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan pada 5 dan 6 Mei lalu bagi membantu siasatan. Tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat hari ini.

“Sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat melibatkan nilai kira-kira RM158.26 juta telah dibekukan susulan siasatan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, tindakan penyiasatan tatakelola dalaman juga akan dijalankan oleh pihak SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI