PETALING JAYA – Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengimbau semula cerita rakyat mengenai raksasa mitos Nian, yang menggangu orang ramai pada setiap malam Tahun Baru Cina, dengan sentuhan jenaka.
Ketua Pegawai Perkhidmatan Koporat TNB, Mohamad Ariff Zainol berkata, filem bertajuk ‘Nian-tastic New Start’ itu dapat mencetuskan tenaga positif bagi tahun baru berikutan pelbagai cabaran dihadapi akibat pandemik Covid-19.
“Kami ingin memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meraikan tahun baru ini dengan semangat kegembiraan dan perpaduan. Berbekalkan tenaga yang positif, kita boleh bersama-sama mengharungi sebarang cabaran.
“Filem itu mengetengahkan semangat kegembiraan dan perpaduan yang menjadi asas kepada tradisi Tahun Baru Cina, menerusi kisah lagenda Nian dengan pendekatan berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, filem ‘Nian-tastic New Start’ dijadualkan untuk ditayangkan hari ini di Youtube: www.youtube.com/TENAGAofficial dan akan disiarkan di saluran TV bermula 10 Februari depan. – K! ONLINE














