DALLAS – Mesir melakar sejarah baharu di pentas Piala Dunia apabila menang 4-2 pada penentuan penalti ke atas Australia dalam aksi pusingan 32 di Stadium Dallas, hari ini.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit minit dan kejayaan ini adalah kemenangan sulung The Pharaohs dalam aksi kalah mati Piala Dunia.
Terdahulu, Emam Ashour berjaya menempatkan diri di kedudukan tepat untuk menanduk masuk gol pertama buat Mesir pada minit ke-13 dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa.
Hanya 10 minit selepas babak kedua bersambung, pertahanan Mesir, Mohamed Hany dihimpit malang apabila tertampan bola ke gawang sendiri sekali gus beri jaringan penyamaan buat Australia.
Pada penentuan penalti, dua pemain Australia, Harry Souttar dan Lucas Herrington gagal menyempurnakan tanggungjawab.
Mahmoud Saber, Ramy Rabia, Mohamed Salah dan Hossam Abdelmaguid masing-masing tenang untuk menyempurnakan penati buat Mesir sekali gus bakal menanti Argentina atau Cape Verde di pusingan 16, Rabu ini. AGENSI














