REMBAU – Seorang penyelia pam minyak dan rakannya sudah kering air mata apabila terpaksa menanam lebih 50 bangkai kucing akibat dilanggar kenderaan di Jalan Seremban-Tampin di sini sejak 10 tahun lalu. Mohammad Firdaus Zulkifli, 34, berkata, tempat kerjanya dan kawasan medan selera berdekatan menjadi lokasi orang membuang kucing dan anak-anaknya yang baru dilahirkan. Katanya, kira-kira 50 kucing yang mati akibat digilis dan dilanggar sejak dia bekerja di situ. “Kami tidak sampai hati biarkan bangkai kucing itu. Kami tanam di kawasan……














