fbpx
ORANG RAMAI melihat mayat penduduk Palestin yang terbunuh dalam serangan ke atas Hospital Ahli Arab di tengah Gaza semalam. – AFP

Konflik Palestin-Israel: Israel nafi bom hospital Gaza, tuduh Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Tentera Israel semalam mendakwa bahawa serangan ke atas sebuah hospital di Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 500 orang,  berpunca daripada kesilapan bedilan roket Hamas. 

“Hospital berkenaan terkena bedilan disebabkan oleh kegagalan pelancaran roket Hamas,” katanya dalam satu kenyataan.

Negara-negara Arab bagaimanapun menyalahkan Israel berhubung kekejaman tersebut. 

Sementara itu, perang antara Israel dan  Hamas yang melancarkan serangan ke selatan Israel pada 7 Oktober lalu, memasuki hari ke-11 semalam

Lebih 1,400 orang di Israel terbunuh,  manakala angka korban di Gaza mencecah tiga ribu nyawa sejak itu, demikian menurut statistik rasmi. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI