fbpx
ANTARA peralatan disita pihak DBKL dalam Op Lens di Pintasan Saloma, Jalan Ampang serta Jalan P Ramlee, malam tadi. - Foto DBKL

DBKL kompaun 19 ‘ulat foto’ sekitar KLCC 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kegiatan perkhidmatan fotografi haram atau ‘ulat foto’ di sekitar ibu negara dikesan masih berleluasa selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebanyak 19 notis kompaun dan membuat 32 sitaan dalam operasi bersepadu malam tadi.

DBKL berkata, operasi dikenali sebagai Op Lens: Ulat Foto itu dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara di kawasan tumpuan sekitar Pintasan Saloma, Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee bermula pukul 9 malam.

Menurut DBKL, operasi tersebut memfokuskan tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran di tempat awam.

“Antara peralatan disita termasuk telefon bimbit, lampu, gimbal dan peralatan lain yang digunakan bagi aktiviti tersebut dengan 13 daripadanya melibatkan warga asing.

“Tindakan penguatkuasaan itu dibuat di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DBKL berkata, pihaknya akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan awam kekal selamat daripada aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai aduan atau maklum balas berhubung sebarang aktiviti seumpama itu boleh menyalurkannya menerusi saluran rasmi DBKL. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN