fbpx
M Kumar.

Suspek ‘penculikan palsu’ direman 14 hari, dibawa ke Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lelaki yang ditahan bersama seorang wanita dalam kes dakwaan ‘penculikan palsu’ bagi wang tebusan RM18,000 direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kedua-dua suspek itu akan dibawa ke Sarawak petang ini bagi siasatan lanjut.

“Reman 14 hari dan suspek akan di bawa ke Sarawak petang ini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis berjaya menyelamatkan seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa culik untuk wang tebusan RM18,000 dalam tempoh kurang 24 jam, namun siasatan awal mendapati naratif penculikan itu diragui sehingga menyebabkan mangsa sendiri ditahan bagi membantu siasatan.

Kumar dilaporkan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan, Sarawak menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 43 tahun yang mendakwa anak perempuannya berusia lingkungan 20-an diculik individu tidak dikenali.

Susulan laporan tersebut, satu Pasukan Khas membabitkan JSJ Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan JSJ IPK Sarawak ditubuhkan bagi melaksanakan operasi menyelamat.

Hasil operasi, mangsa berjaya ditemui di sebuah rumah di kawasan Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru kira-kira pukul 3.30 petang, manakala seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun turut ditahan di lokasi sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN