fbpx
Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat letupan bom di Kem Hobart pada Selasa lalu.

Tangguh latihan guna grenad hingga siasatan selesai – Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (Mindef) mahu Tentera Darat Malaysia (TDM) menyegerakan siasatan berhubung insiden kematian dua anggotanya akibat letupan bom ketika menjalani latihan grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah Selasa lalu.

​Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, susulan tragedi itu, semua latihan melibatkan penggunaan bom tangan ditangguhkan serta-merta sehingga laporan penuh siasatan diperoleh.

Katanya, mengikut prosedur operasi standard (SOP), sebaik sahaja pin bom tangan dicabut, ia wajib dibaling dalam tempoh tujuh saat.

“Mungkin apa silap dekat situ (semasa kejadian) kena siasat. Adakah yang terlibat itu (mangsa) darah gemuruh ke apa (sebaliknya)? Apapun apabila cabut pin dalam masa tujuh saat mesti baling. Itu sebabnya kita kena siasat (punca).

“Saya tidak mahu membuat andaian, kita siasat dulu. Saya harap apabila selesai (laporan siasatan) mereka akan hantar kepada saya. Jadi saya harap ia dapat disegerakan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua anggota tentera iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, dan Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, meninggal dunia dalam kejadian letupan bom ketika menjalani latihan grenad di Kem Hobart. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN