fbpx
Zambry (dua kiri) menerima kunjungan hormat Jehad di Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya hari ini.

Malaysia, Palestin perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Malaysia dan Palestin terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, sekali gus terus memainkan peranan membantu rakyat Gaza membina kekuatan bangsa menerusi pengukuhan ilmu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, jalinan kerjasama antara kedua negara itu diperkukuh menerusi
kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Alqedra ke Putrajaya.

“Kami berbincang mengenai usaha memperkukuh kerjasama pendidikan tinggi antara Malaysia dan Palestin, termasuk sokongan berterusan kepada pelajar Palestin serta peluang kerjasama antara universiti kedua-dua negara.

“Malaysia sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah jambatan harapan, keamanan dan masa depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Zambry berkata, atas semangat itu, Malaysia akan terus memainkan peranan membantu rakyat Palestin membina semula kekuatan bangsa melalui ilmu dan pendidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN