fbpx
PENGARAH Pusat Jagaan Warga Tua Pertubuhan Sukarelawan Agensi Bantuan Selangor, Sharil Hussein menyantuni seorang wnaita warga emas yang tinggal di pusat jagaan di bawah kendaliannya di Kuala Selangor.

Ramai waris tak pernah jenguk orang tua yang dihantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Masalah kepadatan atau pertambahan jumlah penghuni pusat jagaan atau rumah orang tua masih berlarutan kerana terdapat ahli keluarga atau waris bersikap lepas tangan kerana tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing.

Pengasas Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, kebanyakan penghuni di tempatnya terdiri daripada warga emas yang dibuang keluarga selain uzur.

“Kami beroperasi sejak 2006 dengan pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mendapat bantuan Baitulmal. Setakat ini kami menguruskan lebih 172 penghuni berusia 40 hingga 82 tahun.

“Sebanyak 70 peratus peng­huni adalah gelandangan dan mualaf. Dengan erti kata lain, mereka ‘dibuang’ atas faktor-faktor tertentu termasuk nyanyuk, ekonomi serta alasan tidak mampu menjaga orang tua.

“Apa yang menyedihkan, ada juga ahli keluarga yang sanggup lepas tangan dengan menyerahkan kepada pihak kami untuk menguruskan semuanya terma­suk hal kematian.

“Ada waris yang tidak datang ziarah, jadi kamilah yang bertanggungjawab menguruskan proses pengebumian si mati,” katannya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Khidmat Pusat Warga Emas Anwarul Mahabbah Care Center Johor Bahru, Norhayati Said berkata, ahli keluarga tidak mempunyai kepakaran menjaga ibu bapa yang sakit menjadi punca mereka menghantar orang tua ke pusat jagaan warga emas.

“Ada anak-anak menghantar orang tua mereka ke pusat jagaan kerana komitmen kerja. Mereka hantar bukan sebab tidak sayang, namun komitmen kerja selain tiada kepakaran hendak menguruskan ibu bapa yang sakit.

“Anak-anak tidak tahu me­ngendalikan ibu bapa yang nyanyuk,jadi mereka hantar ke pusat jagaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN